Ini blog teman, sebelum mika gi bawah, baca ni dulu yop.

Entri dalam blog ni adalah buah fikiran teman sorang-sorang je. Entri yang teman copy teman nyatakan dengan tq. Teman bertanggung jawab atas apa yang teman tulis dan copy and paste. Tapi teman tak bertanggung jawab atas apa yang mike komen ke copy and paste . Sendiri tulis sendiri kena bertanggung jawab lah beb. Kalau boleh mike tulis tu biarlah berhemah beb. Jangan mencarut dan memaki hamun orang lain. Perbezaan pendapat adalah lazim dalam kehidupan, tapi tak semestinya mike je yang betul orang laen salah. Fikirkan juga apa orang laen cakapkan. Lepas baca mike gi buat homework, jangan jumud, dapatkan kebenaran walaupun kebenaran itu pahit. Walau bagaimanapun teman berterimakasih kerana mike dah layari blog teman.

Friday, February 3, 2012

BGM Online Vs Sungai Rapat Online

Yop, apa nak jadi dah. Tak de kerja lain ke, asyik nak bergaduh jer. Cuba kalau nak buat blog tu buat lah yang ada wadah perjuangan. Perkara nak balas membalas ni bukan perkara baik dan bukan perangai orang dewasa yang matang. Macam budak-budak jer. Kalau budak gi lah masuk sekolah balik. Sepatutnya bila berblog ni tunjuklah kemampuan mengupas isu ker, memberitahu orang ramai sesuatu perkara ker, menyangkal sesuatu isu ker waima mempromosi barang dagangan sekalipun. Biarlah kemunculan kita bererti dan mendidik masyarakat.
     Kalau nak buat lawak bodoh, tipu bodoh, tipu sudut snap gambar, orang kampong pun dah tak tertipu lagdah yop. Yop kalau mika nak tau komen-komen berbaur hasutan, mengumpat mengeji dah jadi jijik kepada orang ramai. Entahlah, kalau orang yang tidak berakhlak je rasanya suka perkara begini. Mungkin pencinta LGBT suka perkara begini. Nauzubillah, semoga perkara begini tidak masuk dan mengotori keindahan dan kebersihan Batu Gajah Bandar Bertuah ini.
     Yop kalau kat Batu Gajah in, nak buat maksiat memang senang sungguh. Banyak tepi-tepi lombong, boleh buat projek, dalam lombong janganlah , nanti nyusahkan bomba nak gi nyelam mencari kome, semak dan belukar yang ada jalan yang boleh dimasuki kereta di sekeliling kawasan ini pun boleh jadi tempat projek. Mujurlah banyak lagi orang yang beriman di sini. Ada juga kes terpencil kekadang tu dekat dengan rumah kita contohnya dalam tandas di taman bunga di Changkat pun jadi juga.Tapi teman bukannya nak cakap pasal projek, teman ank cakap pasal keindahan dan tempat reakreasi penduduk Batu Gajah.
     Namun keindahan lombong-lombong ini telah tercemar dengan petualang yang memagar kawasan ini untuk membela itik telur. Tak taulah samada dah mintak kebenaran dari pejabat tanah tataupun di buat secara haram. Kalau tanya dema, jawapan yang pasti 'olang pejabat tanah sudah kasi lulus' Orang ramai nak memancing pun dah kekurangan tempat. Yop ini dikatakan bumi di pijak milik orang.
     Tapi akhir-ahkir ini ketenangan bandar bertuah ini dah mula terancam dengan pekikan pembesar suara. Parti politik sudah mula menunjukkan taringnya. Almaklumlah dah dekat nak pilihanraya. Orang nak tidor pun tak senang yop.  Ada parti politik tu berceramah di kawasan perumahan. Rasa macam nak baling batu jer. Tak tau kah orang keliling nak tidor, esok nak gi kerja. Kalau tak tidor nyenyak, esok bawak motor boleh terbabas. Kalau terbabas dan mati, mati anak bini yang tinggal sapa nak bagi makan. Kalau sampai tempat kerja pulak, mengantuk, puak-puak inilah yang bising kata pekerja kerajaan makan gaji buta. Masa kerja nak tidor. Depa tau tak depa lah yang menggangu waktu tidor orang dan menjadikan rantaian rasa tidak puas hati.
     Teman ingatlah YB Kak Midah janganlah ikut dema tu. Bagi peluang orang jantan jaga anak kat rumah malam-malam. Jangan jadi macam anak mahasewel kat ipta dan ipts tu. Buat aktiviti siang-siang. Kalau ikut analisa, wanitalah yang memenangkan calun pilihanraya. Buat aktiviti dengan mereka ini lebih baik. Para bapa ni banyak fikirnya, kurang aktiviti confirm tukar undi. Kalau bini pangkah A lakipun pangkah A jugalah. Insyaallah.



No comments:

Post a Comment