Ini blog teman, sebelum mika gi bawah, baca ni dulu yop.

Entri dalam blog ni adalah buah fikiran teman sorang-sorang je. Entri yang teman copy teman nyatakan dengan tq. Teman bertanggung jawab atas apa yang teman tulis dan copy and paste. Tapi teman tak bertanggung jawab atas apa yang mike komen ke copy and paste . Sendiri tulis sendiri kena bertanggung jawab lah beb. Kalau boleh mike tulis tu biarlah berhemah beb. Jangan mencarut dan memaki hamun orang lain. Perbezaan pendapat adalah lazim dalam kehidupan, tapi tak semestinya mike je yang betul orang laen salah. Fikirkan juga apa orang laen cakapkan. Lepas baca mike gi buat homework, jangan jumud, dapatkan kebenaran walaupun kebenaran itu pahit. Walau bagaimanapun teman berterimakasih kerana mike dah layari blog teman.

Sunday, February 5, 2012

Hitam Putih



When I was born, I was black.
When I grew up, I was black.
When I got hot, I am black.
When I get cold, I am black.
When I die, I am black.

When you were born, You were pink.
When you grew up, You were white.
When you hot, You go red.
When you get cold, You go blue.
When you are sick, You go purple.
When you die, You go green.

AND YET YOU HAVE THE CHEEK TO CALL ME COLOURED!!!

Di atas adalah puisi yang telah dideklamasikan oleh YAB MB Perak sewaktu Festival Pangkor baru-baru ini. Isi kandungan puisi ini amat tepat untuk ditujukan kepada Nga Kor Ming yang biadap serta kurang ajar menghina YAB MB Perak sebagai hitam metlik. Nga sewaktu ceramah dihadapan orang PAS telah mengeluarkan kenyataan yang menghina Zambry tanpa batasan. Kata-kata Nga ini telah membangkitkan kemarahan ramai rakyat Perak yang masih menghormati Zambry sebagai pemimpin mereka. Lihat video http://tokguru86.blogspot.com/2012/02/jom-baca-zambryabdkadir-tembak.html bukti Nga cerca Zambry.

No comments:

Post a Comment