Ini blog teman, sebelum mika gi bawah, baca ni dulu yop.

Entri dalam blog ni adalah buah fikiran teman sorang-sorang je. Entri yang teman copy teman nyatakan dengan tq. Teman bertanggung jawab atas apa yang teman tulis dan copy and paste. Tapi teman tak bertanggung jawab atas apa yang mike komen ke copy and paste . Sendiri tulis sendiri kena bertanggung jawab lah beb. Kalau boleh mike tulis tu biarlah berhemah beb. Jangan mencarut dan memaki hamun orang lain. Perbezaan pendapat adalah lazim dalam kehidupan, tapi tak semestinya mike je yang betul orang laen salah. Fikirkan juga apa orang laen cakapkan. Lepas baca mike gi buat homework, jangan jumud, dapatkan kebenaran walaupun kebenaran itu pahit. Walau bagaimanapun teman berterimakasih kerana mike dah layari blog teman.

Saturday, February 4, 2012

Maulidul Rasul


Pagi ini hati rasa tersentuh bila salah seorang penerima anugerah sempena Maulidul Rasul adalah seorang pelajar cacat. Tuanku Abdul Halim, Yang Dipertuan Agong telah melaksanakan upacara menyampaikan hadiah dan anugerah kepada beberapa penerima. Adik yang menerima anugerah itu hanya boleh menulis dengan kaki yang juga cacat juga. Cara dia bergerak dari satu tempat ke tempat lain adalah dengan mengesot sahaja. Disebalik kecacatan itu beliau adalah pelajar yang cemerlang dengan mendapat 9 A dalam peperiksaan PMR.
     Bayangkan manusia tanpa tangan dan hanya berkaki cacat mampu meraih kejayaan dalam pelajaran dengan begitu hebat sekali. Malah yang paling saya kagum ialah kecekalan dia melakukan aktiviti harian tanpa perlu dibantu oleh orang lain. Ini jarang berlaku. Biasanya manusia cacat akan dibantu oleh rakan-rakan ataupun ibu bapa untuk melakukan kegiatan harian.
     Bagi yang sempurna jadikan lah ini satu pengajaran buat anda semua. Berapa ramai orang yang sempurna berjaya memperoleh 9A dalam peperiksaan PMR.  Kalau tak berjaya sekurang-kurangnya 5A dalam PMR janganlah bermimpi untuk mendapat 9A dalam SPM. Nasihat saya jangan pun. Anak anda boleh jadi sewel jika ingin mencubanya. Pengalaman saya semasa belajar di tingkatan enam, seorang pelajar perempuan cina yang biasa sahaja keputusan SPMnya, tiba-tiba menjadi tersangat pandai semasa di dalam tingkatan enam atas . Semasa peperiksaan sebenar STPM dia blackout, dan sehingga sekarang , tak betul dan masih menyewa di rumah yang dia sewa semasa belajar dahulu dan tak tahu dia buat apa. Kerjanya ialah jalan ke tempat yang jadi rutinnya semasa sekolah dahulu. Dari tahun 1980 hingga sekarang itulah rutinnya. Jangan jadi sepertinya. Mungkin seorang dua boleh berjaya tapi yang lain, kirim salamlah. Jangan mimpi di siang hari.
     Kejayaan bagi seorang pelajar ialah melalui usaha yang berterusan. Ia dimulakan sejak sebelum memasuki alam persekolahan yang sebenar lagi. Mungkin bagi pelajar perempuan akan berjaya sejak dari tahun satu lagi, tapi bagi sesetengah pelajar lelaki mereka akan berjaya secara sedikit demi sedikit. Kejayaan itu akan datang juga tapi terkemudian. Itu sebabnya di sekolah kalau kita perhatikan kebanyakan pelajar sekolah rendah pelajar perempuannya cemerlang. Bila meningkat ke sekolah menengah pelajar lelaki mula dapat menyaingi pelajar perempuan. Ini bukan bermakna pelajar perempuan tidak belajar dan berkerja keras. Ini juga tidak bermakna pelajar lelaki berkerja terlampau keras dan menjadi ulat buku. Ini fitrah manusia.
     Kalau anda belajar bab pembiakan dalam biologi , perhatikan bahawa zigot lelaki lambat perjalanannya untuk bersenyawa dengan telur.  Ini lah kuasa tuhan, apa yang berlaku sebelum anak itu lahir lagi sudah ada persamaan dengan kejadian selepas kelahiran.
     Apa yang ingin saya utarakan disini adalah kewibawaan ibu bapa untuk mendidik anak lelaki yang diamanahkan untuk menjadi manusia yang berguna dan berjaya. Bila kita tahu fitrahnya begitu, kita sebagai ibu bapa perlulah membantu supaya mereka berada di jalan yang betul. Jangan ada tangan yang sempurna digunakan untuk menghisap rokok, tapi camana nak halang anak menghisap rokok bila bapak pun berhembus dalam rumah. Anak yang dah lali dah tak kisah dengan bau dan asap rokok mulalah merokok dalam tandas sekolah, semasa naik motosikal bersama kawan-kawan.
     Begitu juga dengan ibu yang suka bermekup tebal. Tempek bedak sekati di muka. Kalau pergi ke shopping kompleks ke, ke Jom Heboh ke , kira ok lah jugak. Ini, pergi sekolah menyelesaikan hal anak, mengambil kad kemajuan anak, pakai low cut, mekap tebal macam tempek tepong gandum kat muka, apa ke tujuannya. Cikgu nak termuntah tengok lurah berkarat dan gigi berkarat. Biasanya cikgu-cikgu tak ghairah tengok benda-benda murah begitu. Kalau  macam Fasha Sanda mungkin tergugat jugak iman depa,entahlah saya agak saja. Lain orang lain cita rasa. Zaman ni sepatutnya semua orang melayu dah bertudung, apa ke halnya orang susah , kais pagi makan pagi, duduk kampong free hair. Kalau orang bandar tu lainlah. Depa banyak duit boleh gi saloon buat rambut.
     Bapak rajin kerjakerana dah tanggung jawab dia, memng tak salah, Tapi yang tak kenanya tu kekadang tu buat kerja sampai dua majikan. Emak juga rajin kerja. Sampai tak de masa nak berjumpa laki dan  anak-anak. Bila anak-anak jaga diri sendiri, dia ajaklah kawan-kawan menjaga diri  merekamasing-masing. Anak sekarang canggih, ada handfon dan macam-macam gajet lain. Maka banyaklah video produksi dalam rumah sendiri yang diedarkan di internet. Bila nasi dah jadi bubur sapa nak disalahkan. 
     Janganlah kita berangan-angan besar nak jadi macam Rasulallah saw, Rasulallah saw pernah bersabda supaya kita jaga rumahtangga kita dahulu. Perbetulkan segala-galanya tentang anak bini kita , kalau dah berjaya dan mereka nampaknya dah berbakti dengan kita barulah kita boleh canang dengan orang lain kejayaan berkat usaha kita. Jangan kita beri motivasi sana motivasi sini, anak kita jadi terbalik. Kalau cakap kita besar setakat satu bandar, akan ada anak-anak muda dalam bandar itu yang memadankan muka kita. Contohnya dalam kes seorang pelakon yang kawin dengan orang di sini tak berapa lama dulu, buat rakaman peribadi tapi terlepas ke pihak lain, jenuh pak mertua dia bila budak-budak motor jerit depan rumah nak beli cd. Sekarang ni mana besar motivasi di negara kita diserang hebat. Habis rahsia perniagaannya terbongkar. Cakapnya yang popular'saya tak ambik komisen' habis didedahkan. Habis gambar dan kelakuan anak-anaknya dipaparkan dalam blog. Pokoknya perbetulkan lah dari dalam rumah dulu sebelum membetulkan orang lain.
     Ini nak ngumpat sikit yop. Wali trompah kata sambutan hari Maulidul Rasul yang kita buas selama in adalah ikutan Kristian. Masyaallah, kita mengenang dan memperbesarkan junjungan nabi kita pun dia kata ikut kristian. Datok Hassan Ali marahkan orang kristian murtadkan orang melayu dia tak sokong.  PAS pis pus kan tak bagi pengikutnya pergi perhimpunan sejuta Umat, yang tujuannya untuk membetulkan aqidah umat islam di Malaysia ni.
Terbaru yop, panas  lagi. Cerita wali terompah lagi, dia kata Nabi Muhammad mulia setelah turun Al Quran. Apa sebelum turun Alquran tak mulia ke. Kita belajar di sekolah dulu tentang baginda pergi ikut bapa saudaranya berniaga di Sham dan awan sentiasa melindungi baginda tu apa. Bukan mulia. Nabi Muhammad menjadi orang yang menyelesaikan masalah antara ketua kabilah untuk meletakkan hajarul aswad di tempatnya semula dan dapat gelaran Al amin bukan mulia. Itu semua sebelum turunnya Al quran yop. Teman ingat wali trompah ni dah nyanyuk la. Atau pun tak masuk sistem sekolah malaysia, atau belajar sejarah cina jer kot. teman bukan buat cerita, cerita penuh dengan video dalam blog kamalfarsha.
     Bila pengikut PAS pegang lilin camni, apa pulak fatwanya yop. Teman tak dapat cari gambar dema pegang lilin memperingati  laknatullah Beng Hock. Kalau dapat teman nak tanya juga apa fatwa pegang lilin memperingati orang kafir mati.


     Sempena Maulidul Rasul ni, marilah kita sama-sama berusaha ke arah kebaikan. Banyakkan selawat kita yop disamping itu jeling-jeling masihkah ada  orang yang menjadi tanggungjawab kita di sekeliling kita, mereka yang sempurna dan tidak cacat supaya menjadi orang yang beriman dan berguna kepada agama dan masyarakat. Kepada mereka yang ada anak cacat ingatlah itu amanah Allah supaya sentiasa bersabar, bentuk mereka supaya dapat berdikari, banyak pahalanya tu.

No comments:

Post a Comment