Ini blog teman, sebelum mika gi bawah, baca ni dulu yop.

Entri dalam blog ni adalah buah fikiran teman sorang-sorang je. Entri yang teman copy teman nyatakan dengan tq. Teman bertanggung jawab atas apa yang teman tulis dan copy and paste. Tapi teman tak bertanggung jawab atas apa yang mike komen ke copy and paste . Sendiri tulis sendiri kena bertanggung jawab lah beb. Kalau boleh mike tulis tu biarlah berhemah beb. Jangan mencarut dan memaki hamun orang lain. Perbezaan pendapat adalah lazim dalam kehidupan, tapi tak semestinya mike je yang betul orang laen salah. Fikirkan juga apa orang laen cakapkan. Lepas baca mike gi buat homework, jangan jumud, dapatkan kebenaran walaupun kebenaran itu pahit. Walau bagaimanapun teman berterimakasih kerana mike dah layari blog teman.

Monday, February 6, 2012

Tabung Haji apa nak jadi


'Ini bukan soal orang yang godam (sistem pangkalan data TH), ini orang yang tahu masuk dalam sistem itu. Orang nak pergi haji dia masuk 'key-in' tarikh daftar untuk pergi haji.
     "Kadang-kadang ada orang yang tahu dan faham IT dan sebagainya masuk dalam sistem itu. Nasihat kita ikut peraturan dan giliran bila pergi haji, haji mabrur itu penting,' Ini kata Dato Jamil Khir Baharum di TV3 malam tadi.
      Apa yang teman nampaklah ini bukan urusan orang pandai IT atau tidak. Ini adalah soal organisasi. Kalau ia tidak melibatkan wang, minta wang sogokan, hanya nak tolong kawan atau sedara, contohnya bila orang yang tersenarai tak dapat pergi, mati ke sebelum sempat ke mekah walhal semuanya dah siap,gantikan dengan segera, kira ok lah juga.
     Ini lain, mengikut laporan yang dibuat, mereka meminta wang sogokan, kalau nak gi cepat kena bayar bayar tambah, menginaya orang yang namanya sudah tersenarai, kemudian digugurkan. Kesian makcik dan pakcik yang terinaya tu. Kebanyakan dema itu diam saja, maklumlah nak gi rumah Allah, dema anggap tak de rezeki lah tu.
     Orang yang nak gi haji tu pun satu hal jugak, nak gi rumah Allah, pun main sogok-sogok. Tak teringat ke balasan tuhan  yang akan dibayar cash nanti. Orang yang buat kerja tu di LUTH pun dah dikenakan tindakan disiplin. Tahniah Dato Jamil Khir kerana telus dalam perkara ini. Sebenarnya perkara ini tak kan menjadi besar kalau ada pemantauan yang cukup. Nampaknya Tabung Haji kenalah perkuatkan bahagian itu dan berilah lebih kuasa ataupun melapor terus kepada CEO supaya tak ada ikan kembong ke ikan bilis yang pintas.
     Ini pulak cerita baru. Cerita ni teman baca dalam blog merah tinta, blog sebelah sana. Teman bukan apa, memanglah teman tahu dema tu kuat spin tapi apa salahnya kalau kita berhati-hati dan buat homework. Walaupun cerita ini tak begitu dihighlight lagi tapi apa salahnya cybertrooper mencari kebenarannya. Kalau benar macam tadilah bukan arahan dari atas, tapi kurangnya pemantauan mungkin menjadi penyebabnya. Tapi kalau salah kita taulah bahawa blog pro pembangkang ni hanya suka menimbulkan isu sahaja. Ini ada sedutannya.
     'Tabung Haji telah mengeluarkan wangnya sebanyak RM700 juga menerusi skim Sukuk. Wang itu dikeluarkan menerusi dua buah bank satu bank dalam negeri dan satu lagi bank luar negeri. Bank dalam negeri terlibat ialah Maybank menerusi sistem Islamnya manakala bank luar negeri ialah bank Ar Rajihi'
    
Teman rasa blogger pro kerajaan tolonglah siasat kebenaran cerita ini. Sesiapa yang rapat dengan YB Khir tu tolonglah bunga-bungakan, berlaku atau tidak. Ini melibatkan simpanan para penyimpan. Walaupun LUTH itu teguh, duit nilai sebanyak itu kalau hilang terasa juga kan.
     Kalau ia katakan ia, beri penjelasan yang sebenarnya. Kalau tidak nafikanlah. Teman pun nak dengar jugak. Lepass tu bolehlah kita copykan posting tu dan paste kat blog merah tinta.

No comments:

Post a Comment