Ini blog teman, sebelum mika gi bawah, baca ni dulu yop.

Entri dalam blog ni adalah buah fikiran teman sorang-sorang je. Entri yang teman copy teman nyatakan dengan tq. Teman bertanggung jawab atas apa yang teman tulis dan copy and paste. Tapi teman tak bertanggung jawab atas apa yang mike komen ke copy and paste . Sendiri tulis sendiri kena bertanggung jawab lah beb. Kalau boleh mike tulis tu biarlah berhemah beb. Jangan mencarut dan memaki hamun orang lain. Perbezaan pendapat adalah lazim dalam kehidupan, tapi tak semestinya mike je yang betul orang laen salah. Fikirkan juga apa orang laen cakapkan. Lepas baca mike gi buat homework, jangan jumud, dapatkan kebenaran walaupun kebenaran itu pahit. Walau bagaimanapun teman berterimakasih kerana mike dah layari blog teman.

Thursday, February 16, 2012

Photoshop tak menjadi

Baru-baru ini heboh Penjilat Yahudi Al Juburi bergambar sakan pakai dhoti pergi ke majlis ponggal. Siap aci tu perasap dalam pinggan stainless steel kat depan, macam dalam filem tamil, PJAJ tu berjalan diiringi oleh bouncer misai melengkok berspek hitam beli kat pasar malam.  PJAJ pulak tu bukan main hensom senyum meleret dengan spek hitam jugak, pakaian hindu habis, kat latarbelakang ada bendera Parti Kencing Rakyat. Pelik teman tengok dua mahluk melayu ni, pakai spek hitam tapi hindu kat keliling tu tak pulak berspek hitam. Orait aje dema. Ini gambarnya.
     Pulak tu blog penyokong kerajaan dan blog pro kerajaan sibuk upload gambar ini. Maka, mika patut tahu yop, panas pijar ponggong si pencacai cyber trooper pembangkang. Maka satu ketetapan dilakukan. Lawan jangan tak lawan. Main tipu pun tak apa, asalkan melawan. Maka keluarlah pulak gambar di bawah.
     Puas hati dema, yop. Sekarang dah seri. Serinya taklah lama, yop. Mujur ada blogger pro kerajaan yang mencari kebenaran, kalau harap blog kerajaan,  hanya cari publisiti tapi tak pandai patahkan serangan lawan. Tapi rakyat Malaysia bukan semuanya bodoh dan boleh diperbodohkan oleh PJAJ  dan kuncu-kuncunya.
     Aku dengan mata yang dah tak berapa terang ni nampak itu gambar super impose. Buktinya, jari aci tu tak menyentuh dahi YAB Najib. Sepatutnya perlakuan begitu jari itu mesti menyentuh dahi  YAB. Bandingkan warna kulit YAB Najib dengan orang disekeliling beliau. Semuanya nampak pucat tapi muka TAB radiant, merah. Beliau sorang jer ke yang sihat, sedangkan yang lain pucat macam mayat hidup. Perhatikan juga leher baju tu tak di edit betul-betul, warna putihnya smeared, macam leher YAB Najib mengelebeh. Inilah gambar yang dibangga-banggakan tersebut.
    
Sekarang marilah kita cari kebenaran.  Tuhan tak suka orang yang buat kerja menipu ni yop. Tapi teman respek sikit kerja photoshop mamat ni berbanding dengan kerja photoshop gambar yang diedarkan oleh cina Tian Lancau yang memaparkan YAB Najib makan bersama Altantuya. Budak sekolah pun boleh buat, yop. Memang bahalol sapa yang percaya gambar itu gambar ori. Kat bawah ni teman tunjukkan gambar photo impose tahap budak sekolah yang mana orang kampong kat Ulu Tembeling pun tak berapa nak percaya.
 Mika nampak tak muka YAB Najib senget berbanding badannya.

Perhatikan tangan dan muka Razak Baginda, tangan dan muka Altantuya, warnanya sama, dan sekarang perhatikan warna tangan  dan warna muka YAB Najib, kan berlainan.

Yang ini pulak dahlah badan YAB Najib sebesar badan teman, mukanya pulak dah deform, jadi empat segi.

Perhatikan betul-betul kat bahu Altantuya, tangan YAB Najib macam keluar dari atas bahunya. Keduanya pm kita tu tinggi, kalau duduk pun tinggi jugaklah. Camana pulak dia setinggi si awek ni.Perhatikan juga bayang-bayang kat awek ni, lampu ada kat atas belakang objek, bayang kat depan, camana gambar pm, mana bayang-bayangnya.
     Ada mata guna, ada akal belajar. Kalau tak belajar guna akal, ada mata pun tak guna. Sekarang mari kita tengok gambar di atas sekali, yang pm kita pakai kum  kum tu. Adakah gambar ori atau super impose.
Sekarang barulah gambar betul. Nama dia sami RajaPakse. Bodoh betul cybertrooper fuckatan haramjadah, menipu tu biarlah perpada-pada. Ini urusan agama pun boleh dispin ker.
Sekarang teman nak cabar dema, sapa boleh keluarkan gambar lebih ori dari gambar di bawah ini. Super impose tak mainlah yop. Terutamanya super impose tahap budak sekolah menengah.


Meh kita kira berapa hari boleh tahan sebelum keluar gambar super impose lagi.  Main tipu pun tak apa, asalkan melawan. hahaha.

No comments:

Post a Comment