Ini blog teman, sebelum mika gi bawah, baca ni dulu yop.

Entri dalam blog ni adalah buah fikiran teman sorang-sorang je. Entri yang teman copy teman nyatakan dengan tq. Teman bertanggung jawab atas apa yang teman tulis dan copy and paste. Tapi teman tak bertanggung jawab atas apa yang mike komen ke copy and paste . Sendiri tulis sendiri kena bertanggung jawab lah beb. Kalau boleh mike tulis tu biarlah berhemah beb. Jangan mencarut dan memaki hamun orang lain. Perbezaan pendapat adalah lazim dalam kehidupan, tapi tak semestinya mike je yang betul orang laen salah. Fikirkan juga apa orang laen cakapkan. Lepas baca mike gi buat homework, jangan jumud, dapatkan kebenaran walaupun kebenaran itu pahit. Walau bagaimanapun teman berterimakasih kerana mike dah layari blog teman.

Saturday, February 4, 2012

DS Najib lebih popular

Yop, kalau kita perhatikan betul-betul, media berita antarabangsa memang sentiasa suka mengintai negara tercinta kita ini. Kalau minggu lepas kita dikejutkan dengan berita ingin memperjuangkan keselamatan negara Israillaknatullah, temubual dengan pemimipin negara kita yang ingin dilagakan dengan DS Najib.
     Bila rakyat negara ini dah bising-bising, minggu ini WSJ dah tukar cerita pulak. Kata orang ada timbang kira, jangan gembira sangat Yop. Baca sampai habis dulu baru nak puji WSJ ni. Minggu ni dikatakan pula DS Najib lebih popular dari DSA berdasarkan ramainya pengikut di twitter.Tapi kita mesti menilai cerita ini dengan begitu berhati-hati. Entri WSJ ini hanya mahu menggalakkan pembangkang spin balik. Tengok analisa saya di bawah.
Yop, kita jangan bangga kerana WSJ sebenarnya mempunyai senapang dua laras(dema tak ade serampang dua mata). Perhatikan juga perbandingan berikut. Tweets DSA 15693 sedangkan DSN hanya 2310. Di sini DSN kalah. Begitu juga dengan following DSA 14686 sedangkan DSN hanya 40 sahaja. Kalah lagi. DSN hanya menang dengan ramai follower dari DSA. Nampak tak apa yang boleh dan akan dilakukan oleh WSJ ini. Memang dasar barat dan yahudi, berita pun boleh buat orang Malaysia bergaduh.

Ingatlah wahai penyokong dan pro kerajaan, WSJ ni telunjuk lurus tapi kelingking berkait. Kita memang maklum , memang depa tu nak mengapi-apikan dan melagakan rakyat Malaysia. Depa ni memang penyokong pembangkang terutamanya DSA kerana kenyataan beliau sebelum ini yang menykong negara IsraillaknatuAllah.
Tengok entri depa di bawah ni.
Tengok ayat akhirnya tu yang memuji DSA yang lebih disukai oleh golongan muda. Nampak tak apa yang saya katakan telunjuk lurus kelingking berkait. Go to hel WSJ.

No comments:

Post a Comment