Ini blog teman, sebelum mika gi bawah, baca ni dulu yop.

Entri dalam blog ni adalah buah fikiran teman sorang-sorang je. Entri yang teman copy teman nyatakan dengan tq. Teman bertanggung jawab atas apa yang teman tulis dan copy and paste. Tapi teman tak bertanggung jawab atas apa yang mike komen ke copy and paste . Sendiri tulis sendiri kena bertanggung jawab lah beb. Kalau boleh mike tulis tu biarlah berhemah beb. Jangan mencarut dan memaki hamun orang lain. Perbezaan pendapat adalah lazim dalam kehidupan, tapi tak semestinya mike je yang betul orang laen salah. Fikirkan juga apa orang laen cakapkan. Lepas baca mike gi buat homework, jangan jumud, dapatkan kebenaran walaupun kebenaran itu pahit. Walau bagaimanapun teman berterimakasih kerana mike dah layari blog teman.

Thursday, February 9, 2012

Patrick Wong dan rahsia pasir Selangor


Filed Under ( ) by pisau on 9.2.12


Raja Petra sudah memulakan langkah untuk membuka beberapa onar di dalam Kerajaan Negeri Selangor. Berdasarkan info RPK, dia melakukan semua ini kerana sudah etrlalu kerap dicabar oleh pemimpin dan pengikut PKR untuk membuka cerita sebenar di sebalik isu rasuah di dalam Kerajaan Negeri yang ada ini. Pertama sekali, kita semua kena nilai SUMBER yang memberi info kepada RPK. Banyak sumber. Dalaman. Malahan turut melibatkan kalangan pimpinan tertinggi PDRM, Kerajaan Negeri dan sumber lain.


Kita semua tahu, memang kredibiliti RPK teruk terjejas apabila dipanggil berwawancara dengan TV3 tak berapa lama dulu. Seorang mamak gila kuasa di TV3 sudah membuat keputusan sendiri; kononnya mencari ‘scoop’ dan mewawancara RPK sebelum PRN Sarawak. Kononnya, pimpinan TV3 menganggap, BN hanya mampu menang di Sarawak kerana kerja buat mereka mewawancara RPK pada ketika itu. Di mana kebenarannya? Wallahu’Alam.


Tapi kita kena nilai semula secara objektif pendedahan demi pendedahan yang dibuka oleh RPK mengenai isu RASUAH di Selangor.


Ketakutan nampak jelas di kalangan pimpinan Kerajaan Negeri Selangor. Isu Teoh Beng Hock, sebagai contoh, adalah suatu kenyataan di mana seorang budak suruhan politik dipaksa membunuh diri oleh jentera parti yang rasis. Langkah mudah, menyalahkan SPRM dan pihak kerajaan. Padahal, kumpulan ‘underworld’ Selangor memang beroperasi dalam keadaan yang sangat meragukan. Mereka sanggup melakukan apa sahaja dalam memastikan cerita rasuah mereka tidak terkeluar.


RPK nyatakan pula cerita bagaimana seorang informernya, Dato’ Patrick turut DIBUNUH kerana merancang untuk mendedahkan cerita RASUAH yang menggila di dalam Kerajaan Negeri Selangor. Arahan siapa? Ketakutan apa yang mereka nak sorokkan?


Nampaknya SELANGOR sudah pantas menjadi sebuah MAFIA STATE. Ada Al-Capone yang berlagak sebagai ‘PENASIHAT’ kepada semua ini. Al Capone Selangor juga bercita-cita untuk memerintah ruang lingkup yang lebih luas.


Sebagai bekas aktivis PKR, saya mohon rakan-rakan PKR membaca pendedahan RPK dengan objektif. Kalau seorang yang berpengaruh seperti Dato’ Patrick juga boleh dibunuh – apakah kalian akan selamat? Apakah kalian juga mahu rasuah berleluasa?


Al Capone di Selangor memang takut hilang kuasa. Kalau terpaksa membunuh. Mereka akan membunuh.

Siapa Al Capone di Selangor? Siapa? Orang PKR? Sudah tentu lah bro!!!


Read more: http://www.pisau.net/2012/02/rpk-tabur-pasir-dalam-periuk-nasi.html#ixzz1lsFrm8nC
| Thursday, February 9, 2012

'Psychopath' dan 'Loose Cannon' Raja Petra Kamaruddin sudah mendedahkan dua nama pemimpin Melayu PKR yang menggondol hasil pasir di Selangor, yang secara tidak langsung terlibat dalam kes kematian Patrick Wong.

Anwar Ibrahim perlu menyalahkan pemimpin dan pengikut PKR yang terlalu kerap mencabar RPK untuk mendedahkan isu skandal rasuah pasir di Selangor.

Nah ... RPK sudah mendedahkan dua nama pemimpin Melayu PKR yang terlibat dalam skandal rasuah pasir untuk tatapan umum.

GWM percaya ramai lagi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang bakal didedahkan oleh RPK, berdasarkan siri-siri pendedahan yang seterusnya.




Full article, click ... ANWAR BAPA RASUAH NEGARA







Oleh: Raja Petra Kamarudin

Keseluruhan episod ini bermula dalam bulan Oktober 2009. Dato’ Patrick Wong dan isterinya melakukan lawatan ke UK dan melawat England dan Scotland. Mereka menghabiskan masa bersama saya dan isteri dimana kami bersembang sedikit sebanyak tentang keadaan di Malaysia dan kami juga risau tentang keadaan di Selangor

Salah satu isu yang dibawa oleh Dato’ Patrick Wong ialah berkenaan skandal mengorek pasir di Selangor.. Industri pasir ini sangat lumayan dan merupakan punca kewangan kerajaan BN terdahulu. Walaubagaimanapun, Pakatan Rakyat Selangor tidak menghentikan skandal yang dilakaukan oleh Umno dulu…sebaliknya terdapat orang-orang Pakatan Rakyat (khususnya dari PKR) yang mengambil alih sindiket mengorek pasir ini.

Saya, sebenarnya, mendengar cerita ini dah lama, ketika saya masih lagi di Malaysia (Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim tahu perkara ini). Tapi saya memerlukan bukti kukuh, itu yang saya beritahu Dato Patrick. saya tak boleh mendedahkan sesuatu hanya berdasarkan cakap-cakap kedai kopi (walaupun ramai yang berfikir begitu). Saya perlukan bukti yang nyata.

Sama ada saya simpan bukti itu – untuk meyakinkan saya bahawa cerita itu sah – ataupun saya menyiarkan bukti tersebut secara umum..itu lain cerita. Kadang-kadang, saya tak siarkan bukti tapi hanya menyimpannya dan hanya akan menyiarkannya sekiranya saya dicabar.

Sama amcam main poker. Kalau ingat saya tak ada apa-apa..tambah lagi la wang pertaruhan!! Letak duit dulu..kemudian cabar saya. Saya boleh pastikan kamu semua akan kalah sebab saya tak akan berlawan kalau saya tak ada senjata.

Dato’ Patrick bersetuju menjadi pemberimaklumat dan berusaha untuk mendapatkan bukti untuk saya. Sebaik saja dia kembali ke Malaysia, dia berjanji kepada saya, dia akan mengumpulkan semua bukti dan menyerahkan kepada saya. Dia meminta sebulan dan kemungkinan di akhir November, saya sepatutnya mempunyai sebanyak mungkin penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang terlibat dalam sindiket mengorek pasir.

Malangnya, perkara itu tidak berlaku. beberapa minggu kemudian, Dato’ Wong dibunuh. Keluarganya (dan semua rakan-rakanya termasuk saya) percaya bahawa ia adalah satu pembunuhan yang dilakukan oleh pembunuh upahan. Pihak polis mengatakan ia adalah satu rompakan. Bukti perubatan menunjukkan Dato Wong di jerut dileher dan dipukul sehingga mati. (dia pengsan seketika sebelum mati). Polis menyifatkan kematian itu satu kemalangan apabila dia jatuh dari anjung rumahnya ketika cuba lari menyelamatkan diri dari perompak.

Apabila saya menerima panggilan telefon memberitahu saya Dato Patrick telah amti, saya menelefon seorang ejen saya didalam pasukan polis dan juga dikalangan kongsi gelap. Pemeberi maklumat saya mengesahkan bahawa pembunuhan Dato PArick dilakukan oleh pembunuh upahan. Ia bukan rompakan; ia adalah pembunuhan yang berkait dengan perniagaan.

Saya percaya kepada pemberi maklumat saya didalam pasukan polis lebih dari saya percaya kepada kerajaan. Dan kalau mereka mengatakan Dato Patrick dibunuh oleh pembunuh upahan, saya percaya. Saya tidak percaya ianya satu rompakan ataupun kematian Dato Patrick berlaku secara tidak sengaja dimana dia dikatakan terjatuh dari anjung rumahnya.

Ianya mengambil masa selama tiga tahun untuk mengetahui kebenaran. Tapi saya memang degil. Seorang rakan baik saya dibunuh dan saya mahukan sebab mengapa dia dibunuh. Dan sekarang, selepas hampir tiga tahun, saya mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk mendedahkan cerita sebenar disebalik kematian Dato Patrick.

Dan banyak kepincangan yang berlaku dalam cerita sebenar ini.

Laporan doktor memberikan sebab-sebab kematian dato Patrick ialah “blunt force trauma to the head with compression of the neck”. Itu laporan doktor . Pemberimaklumat saya memberitahu bahawa Dato Patrick telah di ikat dan dicampakkan dari balkoni rumahnya. Polis mengatakan dia terjatuh ketika cuba melarikan diri. Bagaimana mereka menerangkan tentang kesan jerut dileher kalau dia jatuh secara tidak sengaja dari balkoni rumahnya dan bukan dibunuh?

YB nurul izzah hadir ketika pengkebumian Dato Patrick. Dan bila balu Dato Patrick pergi berjumpa polis berkaitan dengan pembunuhan suaminya, polis mengatakan Dato Patrick adalah penyokong Pakatan Rakyat (sebab Nurul Izzah hadir ketika pengkebumian). Polis buat tak tau dengan balu Dato Patrick.

Ini menyebabkan saya rasa marah. Apakah polis tidak berminat untuk meyiasat dengan betul tentang pembunuhan Dato’ Patrick hanya kerana dia seorang penyokong Pakatan Rakyat? Sebenarnya, Dato Patrick bukanlah penyokong Pakatan Rakyat. Dia adalah penyokong Malaysia Today. Sebenarnya, dia juga tidak suka tentang apa yang berlaku di Selangor dibawah kerajaan Pakatan rakyat. Dan itu sebbanya mengapa dia mahukan saya melakukan sesuatu…seperti mendedahkan sindiket mengorek pasir di Selangor.

Dato APtrick dibunuh oleh tiga orang berbangsa Cina. Polis menahan tiga lelaki: Wee Siong (IC number 621106-04-5867), Kek Kim Ling (IC number 610809-10-5885) and Lee Thai Kean (IC number 800925-09-5087).

Seorang daripada mereka didakwa manakala dua lagi dibebaskan kerana “kekurangan bukti”. Siasatan polis mendedahkan bahawa dua orang lagi terlibat: seorang bernama Robert dan seorang lagi bernama Pei Yau. Kedua-dua mereka ini tidak ditangkap kerana mereka “tidak dapat dikesan”. Menurut polis, Robert adalah bos sebuah kongsi gelap yang terlibat dalam sindiket perjudian. Polis tahu siapa dia..tapi tidak dapat mengesan mereka.

Sekarang kita tahu mengapa Robert tidak dapat dikesan. Cuba teka siapa ketua sindiket perjudian haram? Tak ada hadiah untuk pemenang. Tips: Namanya sama macam nama Nabi Musa.

Hello..IGP…apa yang berlaku ini? Bagaimana Raja Petra boleh tau tentang pembunuhan Dato Patrick lebih banyak dari yang diketahui oleh keseluruhan pasukan Polis? Ataupun ada sesuatu yang cuba disembunyikan? Apa yang Pengarah CID, Bakri Zinin buat? Terlalu sibuk memukul tahanan sehinggakan terlupa dengan kes pembunuhan ini?

Taka da apa yang boleh dilakukan untuk Dato Patrick. Dia dah amti dan pembunuhnya lepas bebas. Kecualai seorang lelaki..yang dijadikan kambing hitam yang didakwa melakukan rompakan dan orang ini juga akan bebas secara senyap..apabila tak ada siapa yang peduli tentang kes ini nanti.

Tapi ini bukan rompakan. Ia dilakukan oleh pembunuh upahan. Dan walaupun saya tidak akan dapat memastikan polis akan melakukan sesuatu, sekurang-kurangnya saya melakukan sesuatu untuk Dato Patrick dengan mendedahkan sindiket mengorek pasir di Selangor.

Saya tidak tahu sama ada Dato Patrick benar-benar dibunuh kerana dia sudah hampir untuk mendapatkan keseluruhan cerita tentang apa yang berlaku, dan saya juga tidak tahu sama ada kematiannya berkaitan dengan sindiket mengorek pasir. Tapi saya adalah orang yang selalu mempunyai prasangka. Dato Patrick dibunuh (dan polis menutup kes ini), ketika dia sedang cuba mendapatkan maklumat untuk saya menjadikan saya berfikir bahawa satu jumlah wang yang banyak digunakan untuk memastikan pembunuhan ini dilihat sebagai satu rompakan.

Dalam episod seterusnya, saya akan mendedahkan secara terperinci tentang sindiket pasir di Selangor berserta dengan nama-nama dan bukti pembayaran yang dibuat kepada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat .Tunggu.

Dalam pada itu, saya diberi amaran supaya tidak menyiarkan pendedahan ini kerana Ketua kepada mereka yang membunuh Dato Patrick adalah seorang yang sangat berpengaruh yang menguasai polis. Saya juga diberi amaran bahawa kongsi gelap terlibat dalam sindiket kongsi gelap sehinggakan pegawai Majlis Perbandaran juga takut kepada mereka kerana kongsi gelap ini mempunyai hubungan yang rapat dengan kerajaan negeri Selangor.

Saya katakan begini: Kalau apa yang berlaku kepada Dato Patrick berlaku kepada saya, maka ia akan mengesahkan apa yang saya katakan diatas. Kalau nak cari saya, saya ada di Manchester.

(Terjemahan bebas dari artikel asal EPISODE 2: The murder of a whistleblower)
 dipetik dari http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=8363092863141035493

No comments:

Post a Comment